Alhamdulillah. Lamanya aku menyepi di blog ni.. Takpalah, lagipun blog ni hanya untuk aku daripada aku.
Setelah post Aku Dropout dulu tu, aku sangat sibuk uruskan hidup aku yang macam terumbang ambing. Alhamdulillah, sekarang aku dah masuk tahun 2 dalam Bachelor of Psychology di IPTS. Course ni memang passion aku dan keterujaan aku padanya tak terkira walaupun dah sampai tahap susahnya satu-satu subjek tu.
Sekarang ni aku tengah sibuk nak final sem 3, dan esok ada paper!! Paper subjek Personaliti yang aku geruni tapi aku yakin dengan usaha yang aku dah taburkan, doa Mak yang tak henti-henti nak tengok aku berjaya setelah beberapa tahun aku lost dengan pelajaran aku dan rahmat Allah atas hamba yang lemah ini walau solat aku hanya cukup-cukup lima waktu. Mungkin ada kebaikan aku yang aku sendiri tak sedar.
Di tempat serba baru ni, aku mengenali orang baru, walau tak setanding dengan sahabat masa sekolah, mereka ni lah yang selalu ada masa aku sakit, masa aku dihentam, masa aku selebet dan aku sangat bersyukur walau tak pernah aku ucapkan terima kasih tu.
Seringkali mereka ni merasakan aku ni ialah seorang manusia serba boleh, pandai, kreatif dan sangat banyak idea tanpa mereka tahu apa yang pernah aku lalui sebelum ni.
Sedang aku ni hanyalah seorang murid biasa walaupun SBPians, sangat timid waktu sekolah sampailah ke zaman universiti. Kadangkala aku rasakan aku sangat berani untuk melibatkan diri dengan apa-apa sampaikan pilihanraya kampus pun ada muka aku, tapi hati kat dalam ni, Subhanallah. Dan juga tengoklah jawatan apa je yang mampu aku simpan dalam sijil aku. Nothing.
Aku rasa post ni dah meliuk ke lain. Halnya, sebab aku main taip je apa aku fikir tanpa draf... Aku terfikir nak post pasal my ambition pulak lah lepas ni. Sama ada niat aku dalam bidang psikologi ni sampai ke mana... inshaAllah. Doakan.
'You don't get what you wish for, you get what you work for'
No comments:
Post a Comment